Siapakah Allah?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang

Siapakah Allah?

Adakah Allah Tuhan orang-orang Islam sahaja?  Allah bukan Tuhan untuk orang Islam sahaja Allah Islam sahaja. Allah ialah Tuhan seluruh makhluk yang nyata dan yang ghaib. Allah memenuhi semua keperluan hamba hambanya sama ada yang beriman atau mengingkari kewujudan-Nya.

Kenapa tiada gambar atau patung Allah?

Allah ialah pencipta yang ghaib. Dia ialah zat yang diluar kemampuan manusia untuk melihat – Nya. Dia tidak sama dengan apa yang mampu dijangkau oleh akal manusia. Maka melukis gambar atau membuat patung yang mewakili –Nya adalah satu dosa besar  dan perbuatan yang sesat dalam islam. Mengapa mahu menyembah tuhan direka oleh manusia sedangkan anda boleh menyembah Tuhan yang sebenar ?

 

Ada yang mengatakan tuhan ialah cinta. Bagaimana pula dengan Allah?

Untuk membataskan pencipta langit dan bumi kepada hanya satu sifat adalah gambaran yang salah mengenai Allah. Allah bukan sahaja ‘penyayang’ bahkan Allah adalah al-waaduud (Maha Penyayang )

 

Allah membenci dosa tapi menyayangi pembuat dosa yang kembali ke jalanNya dengan taubat yang ikhlas. Kasih sayang Allah tiada bandingan. Dia ialah Maha penyayang . Dia memberi peluang sepanjang hayat kepada orang yang berdosa untuk kembali ke jalan yang benar.

 

Siapakah yang menciptakan Allah?

Allah mencipta masa dan ruang. Ciptaan Allah wujud masa dan ruang. ‘sebab dan kesan’ hanya wujud dalam masa dan ruang. Jika Allah seperti ciptaan-Nya, maka Dia juga mesti telah `disebabkan’ untuk wujud. Siapakah yang mencipta pencipta? Jika jawapannya ialah pencipta yang lain dan siapakah yang mencipta pencipta ini?  Ini akan berterusan tanpa kesudahan perkara ini dinamakan daurun (infiniti). Masalah `infiniti’ adalah bahawa ia satu idea tak wujud dalam dunia sebenar.

Adakah Allah melahirkan seorang anak lelaki tunggal?

Allah mampu melakukan segala sesuatu, akan sesuatu dia melakukan perkara–perkara selayaknya dengan kebesaran dan kemuliaan-Nya

 

“Segala puji tertentu bagi Allah yang tiada melahirkan anak, dan tiada bagi-Nya sekutu dalam urusan kerajaan-Nya,…. “

[al Quran 17 : 111]

Al-Quran itu memberi amaran kepada mereka yang berkata “Allah mempunyai anak. “[18:4 ]

“Mengapa kamu berani mengatakan terhadap Allah apa yang kamu tidak ketahui?”[10:68]

Nabi Isa (Jesus) , keatasnya dilimpahkan kesejahteraan, memberitahu,

“Sesungguhnya Allah ialah tuhanku dan tuhan kamu oleh itu beribadatlah kamu kepada-Nya” [3:51]

Allah tidak sama seperti makhluk-Nya. Allah adalah bebas daripada sebarang keperluan. Mengapa Allah perlukan ibadat kita? Sebenarnya Allah tidak memerlukan penyembahan daripada kita. Ibadah kita tidak meningkatkan kebesaran dan kemuliaaan Allah manakala keingkaran kita tidak mengurangkan kebesaran dan Kemuliaan-Nya. Ibadah adalah rahmat dari Allah untuk menunjukkan cara untuk mencapai kebahagiaan di dunia dan Akhirat.

Tidak ada paksaan dalam agama Allah.

Sungguhnya telah jelas antara kebenaran dan kesesatan. Pilihan di tangan anda

Allah Maha Mengetahui.

Petikan : Dr Mansoor Marican, Ph.D

Terjemahan : Pekhidmatan Nasihat & Pengurusan Darul Ulum

Share This Post