PERKIM Kebangsaan

Latar Belakang

Pengenalan

PERKIM ialah singkatan daripada nama penuh “Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia” atau dalam Bahasa Inggeris “Muslim Welfare Organisation Malaysia”.

Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) telah diasaskan oleh Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan didaftarkan pada 19 Ogos 1960. Selepas penubuhannya, Tunku telah dilantik sebagai penasihat sehingga tahun 1971 dan dipilih sebagai Presiden sehingga tahun 1989.

Lokasi

Ibu Pejabat PERKIM Kebangsaan, Tingkat 4 & 6, Bangunan PERKIM, 150 Jalan Sultan Azlan Shah (Jalan Ipoh), 51200 Kuala Lumpur, Malaysia.

Tel : 03-4041 2482, 03-4042 6224 

Faks :03-4042 7403 

Email : info@perkim.net.my

 

Organisasi

Pertubuhan ini terdiri daripada :

  • PERKIM Pusat – Kebangsaan
  • PERKIM Bahagian – Negeri
  • PERKIM Cawangan – Kawasan

PERKIM Kebangsaan mempunyai 13 Bahagian (negeri) iaitu 12 negeri di Semenanjung dan satu di Sarawak ( wanita sahaja ).

PERKIM Kebangsaan juga di sertai oleh empat badan gabungan iaitu :

  • MACMA: Persatuan Cina Muslim Malaysia
  • HIKMAH: Harakah Islamiah Sarawak
  • USIA: Pertubuhan Islam Seluruh Sabah
  • DARUL FITRAH: Persatuan Saudara Islam Malaysia

Cogan Kata

ISLAM ITU BERSAUDARA

Objektif

Dakwah

Menjalankan dakwah Islamiah kepada orang-orang Islam dan yang bukan Islam dengan cara positif dan berkesan.

Pelajaran/Pendidikan

Memberi, mengada, mengurus dan menjalankan pelajaran dan pendidikan agama Islam menerusi segala media dan dengan segala jalan yang sah di sisi undang-undang.

Kebajikan

Menjalankan semua kerja-kerja kebajikan termasuk memberi bantuan, derma, biasiswa atau dermasiswa kepada yang berkelayakan dan menjalankan lain-lain amal jariah kepada yang sakit, miskin, susah dan daif.

Kerjasama

Menubuhkan perantaraan dan kerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan dan badan-badan Islam lain demi kemajuan agama Islam.

Lain-lain

Menjalankan lain-lain kegiatan demi kepentingan dan kemajuan Agama Islam.