MUSLIM CINTAI JESUS SEORANG NABI

Isa (sejahtera ke atas baginda) atau diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris sebagai Jesus (sejahtera ke atas baginda) adalah tokoh yang disayangi dan dihormati oleh jutaan orang di seluruh dunia, namun ada banyak kekeliruan yang mendampingi individu hebat ini mengenai keperibadiannya. Umat Islam dan Kristian, kedua-duanya meletakkan Jesus pada taraf yang tinggi tetapi melihat dirinya dari sudut yang sangat berbeza.

 

Risalah ini bertujuan untuk berkongsi perspektif Islam tentang Jesus (sejahtera ke atas baginda) dan untuk menjelaskan isu-isu yang berkaitan dengan Jesus: Adakah Jesus (sejahtera ke atas baginda) Tuhan? Atau adakah dia dihantar oleh Tuhan? Siapakah Jesus (sejahtera ke atas baginda) yang sebenar-benarnya?

 

MUSLIM CINTA JESUS

(sejahtera ke atas baginda)?

Sebahagian orang Kristian mendakwa bahawa umat Islam membenci Jesus (sejahtera ke atas baginda) dan tidak mengikutinya. Sebenarnya, Islam adalah satu-satunya agama yang bukan Kristian, yang menjadikannya sebuah asas kepercayaan untuk percaya kepada Jesus (sejahtera ke atas baginda). Seseorang Muslim tidak digelar Muslim jika dia tidak beriman kepada Jesus (sejahtera ke atas baginda) sebagai seorang Nabi/Utusan Tuhan (Allah).

 

  • Kami percaya bahawa baginda adalah salah seorang utusan Allah yang hebat.
  • Kami percaya bahawa baginda dilahirkan ajaib tanpa bapa, yang mana ramai orang Kristian zaman moden tidak mempercayainya.
  • Kami percaya baginda adalah Al Masih yang diterjemahkan kepada Kristus (sejahtera ke atas baginda).
  • Kami percaya bahawa baginda menghidupkan orang yang sudah mati dengan izin Allah. Kami percaya bahawa baginda menyembuhkan orang yang buta sejak lahir, dan orang-orang yang ada penyakit kusta dengan izin Allah.

 

ADAKAH JESUS (Sejahtera ke atas baginda) ANAK TUHAN?

Sesetengah orang Kristian mendakwa bahawa Jesus adalah anak Tuhan. Apakah yang dimaksudkan sebenarnya? Adakah ia bermaksud secara literal (anak biologi) atau metafora? Sesungguhnya Tuhan jauh sama sekali dari mempunyai anak secara literal dan fizikal. Kucing mempunyai anak kucing, lembu mempunyai anak lembu dan manusia mempunyai anak manusia. Sifat anak sama dengan sifat pada induk. Maka, apa ertinya Tuhan mempunyai seorang anak?

 

Daripada kita mengambil maksudnya secara literal, kita dapati istilah “Anak Tuhan” adalah simbolik yang digunakan dalam Bahasa Alkitab yang paling awal untuk “orang yang benar/pembuat perdamaian”. Bahkan, istilah ini telah digunakan untuk Daud, Sulaiman dan Israel – bukan semata-mata untuk Yesus sahaja. “Engkaulah (Daud) anak-Ku; pada hari ini Aku telah melahirkan kamu”(Mazmur 2:7), “…Israel ialah anak sulung-Ku.” (Keluaran 4:22)

Malahan Jesus menggelar orang-orang yang beriman atau pembuat perdamaian sebagai ‘Anak Tuhan’: “Orang yang dipimpin Roh Tuhan ialah anak-anak Tuhan.” (Roma 8:14), “Berbahagialah orang yang membawa kedamaian antara manusia, mereka dipanggil anak-anak Tuhan.” (Matius 5:9)

 

“Tidak patut bagi Allah mempunyai anak. Maha Suci Allah, apabila Dia hendak menetapkan sesuatu, maka Dia hanya berkata padanya, “Jadilah!” Maka jadilah sesuatu itu.” Quran; Surah Maryam:35

 

ADAKAH JESUS (sejahtera ke atas baginda) TUHAN?

Sesetengah orang Kristian mendakwa bahawa “Jesus adalah Tuhan” atau sebahagian daripada Triniti – bahawa dia adalah penjelmaan Tuhan di bumi dan bahawa Tuhan mengambil bentuk manusia. Bagaimanapun, menurut Alkitab, Jesus dilahirkan , dia makan, tidur, dan mempunyai ilmu pengetahuan yang terhad – semua sifat yang tidak sesuai dengan Tuhan. Tuhan mempunyai sifat kesempurnaan sedangkan manusia adalah bertentangan dengannya. Bagaimanakah Jesus boleh menjadi dua identity yang bertentangan sepenuhnya pada masa yang sama?

 

Islam mengajar penganutnya bahawa Allah sahaja yang sentiasa sempurna. Untuk mempercayai bahawa Allah adalah Tuhan yang menjadi manusia adalah seperti mendakwa bahawa Allah ialah Tuhan yang (atau pada satu ketika) tidak sempurna. Orang Kristian perlu berfikir sejenak tentang persoalan, adakah idea Tuhan yang pernah menjadi seorang anak yang lemah dan tidak berdaya, yang tidak dapat bertahan hidup tanpa makanan, minum atau tidur, ini menjadi Tuhan yang Maha Kuasa yang diterangkan dalam Perjanjian Lama? Pastinya tidak. “padahal Dia memberi makan dan tidak diberi makan…?” (Quran; Surah Al An’am:14), “tidak mengantuk dan tidak tidur.” (Quran; Surah Al Baqarah:255)

 

Mungkin juga akan timbul persoalan, “Jika Tuhan boleh buat apa-apa sahaja, mengapa Dia tidak boleh menjadi manusia?” Bahkan definisi Tuhan itu sendiri menunjukkan Tuhan tidak akan melakukan sesuatu perbuatan yang bukan bersifat ketuhanan.

 

Tuhan tidak melakukan apa-apa yang akan membuat Dia sesuatu yang lain daripada Tuhan. Jika Tuhan menjadi manusia dan mengambil sifat-sifat manusia, Dia sudah pasti dan sudah tentu tidak lagi menjadi Tuhan. “Tuhan bukan manusia, Dia tidak berdusta; Tuhan bukan anak manusia, Dia tidak mengubah fikiran.” (Bilangan 23:19)

 

Beberapa ayat yang tidak jelas maksudnya di dalam Alkitab boleh digunakan secara salah untuk memperlihatkan bahawa Jesus (sejahtera ke atas baginda) secara tidak langsung adalah bersifat ketuhanan. Tetapi jika kita lihat pada ayat-ayat yang jelas maksudnya di dalam Alkitab, kita akan dapati bahawa banyak kali Jesus hanya dirujuk sebagai manusia yang luar biasa dan tidak lebih daripada itu. Alkitab mengandungi banyak ayat yang mana Jesus (sejahtera ke atas baginda) berbicara dan bertindak seolah-olah Tuhan adalah entity yang berasingan daripada dirinya sendiri. Sebagai contoh:

  • Jesus (sejahtera ke atas baginda) “Menjatuhkan mukanya di tanah dan berdoa.”(Matius 26:39) Jika Jesus adalah Tuhan, maka adakah Tuhan akan menjatuhkan mukaNya dan berdoa? Dan kepada siapa dia berdoa?
  • Alkitab menyebut, “Jesus orang Nasaret, seorang lelaki yang diberikan tugas oleh Tuhan…” (Kisah 2:22), bagaimanakah Jesus (sejahtera ke atas baginda) boleh menjadi Tuhan dan Nabi Tuhan pada masa yang sama?
  • Jesus (sejahtera ke atas baginda) berkata, “Aku pergi kepada Bapa, oleh sebab Bapa lebih hebat daripada Aku.”(Yohanes 14:28) Bagaimanakah Bapa (tuhan) lebih hebat dari Jesus (tuhan) jika kedua-duanya adalah sama?
  • Jesus (sejahtera ke atas baginda) berkata, “Aku sedang kembali kepada Bapaku dan Bapamu, kepada Tuhanku dan Tuhanmu.” (Yohanes 20:17) Jika Jesus (sejahtera ke atas baginda) adalah Tuhan, maka mengapa dia perlu berkata, “kepada Tuhanku dan Tuhanmu.” Dan kepada siapa dia naik?

 

“Aku tidak dapat melakukan apa-apa menurut kehendakku sendiri. Aku menghakimi orang menurut apa yang diperintah oleh Tuhan. Oleh itu keputusanku adil, kerana aku tidak mengikuti kehendakku sendiri, melainkan kehendak Dia yang mengutuskan aku.” (Yohanes 5:30)

 

Jika Jesus (sejahtera ke atas baginda) adalah Tuhan, dia tidak akan mengatakan bahawa “aku tidak melakukan apa-apa menurut kehendakku sendiri” tetapi sebaliknya dengan jelas dia akan memberitahu orang untuk menyembahnya, dan sudah pasti akan ada ayat-ayat yang jelas dalam Alkitab yang menyatakan tentang perkara ini. Sedangkan tidak ada satu ayat dalam Alkitab di mana Jesus (sejahtera ke atas baginda) sendiri berkata “Aku adalah Tuhan” atau “sembahlah aku.”

 

TUHAN ‘BAPA’ & ‘TUAN’?

Dengan cara yang sama, apabila perkataan ‘Bapa’ digunakan untuk merujuk kepada Tuhan, ia adalah cara untuk mengatakan bahawa Tuhan adalah Pencipta, Pemelihara dan Pemilik kepada semua. Terdapat banyak ayat untuk kita memahami makna simbolik kata ‘Bapa’ ini, sebagai contoh: “satu Tuhan dan Bapa semua orang.” (Efesus 4:6)

 

Juga, Jesus (sejahtera ke atas baginda) kadang-kadang dipanggil ‘Tuan’ oleh murid-muridnya. Istilah ini digunakan dalam Bahasa asal Alkitab, untuk Tuhan serta bagi orang yang dipandang tinggi. Contohnya, dalam Perjanjian Baru Yunani, istilah kyrios digunakan untuk kedua-dua ‘Tuan’ dan juga merujuk kepada pemilik kebun anggur (Matius 20:8), dan tuan yang mengalahkan hamba yang tidak taat (Lukas 12:42-47).

 

Malahan di bahagian lain di dalam Alkitab, Jesus (sejahtera ke atas baginda) digelar ‘hamba’ Tuhan oleh murid-muridnya: “Tuhan yang disembah oleh Ibrahim, Ishak, Yakub, dan nenek moyang kita, sudah mempermuliakan HambaNya Jesus.” (3:13) Ini jelas menunjukkan bahawa apabila ‘Tuan’ digunakan untuk merujuk kepada Jesus (sejahtera ke atas baginda), ia adakah gelaran penghormatan bukannya ketuhanan.

 

Percubaan dibuat untuk menjelaskan kerumitan isu-isu di atas tentang sifat Tuhan dan sifat Jesus (sejahtera ke atas baginda), yang mungkin agak mengelirukan atau tidak memuaskan. Walau bagaimanapun, perkara pertama yang perlu difikirkan adalah: Kenapa Tuhan membuatnya begitu sukar untuk difahami? Bagaimanakah ajaran-ajaran rumit ini jika dibandingkan dengan ajaran-ajaran Tuhan dalam Islam yang mudah, jelas dan tulen?

 

Malahan di bahagian lain di dalam Alkitab, Jesus (sejahtera ke atas baginda) digelar ‘hamba’ Tuhan oleh murid-muridnya: “Tuhan yang disembah oleh Ibrahim, Ishak, Yakub, dan nenek moyang kita, sudah mempermuliakan HambaNya Jesus.” (3:13) Ini jelas menunjukkan bahawa apabila ‘Tuan’ digunakan untuk merujuk kepada Jesus (sejahtera ke atas baginda), ia adakah gelaran penghormatan bukannya ketuhanan.

 

Percubaan dibuat untuk menjelaskan kerumitan isu-isu di atas tentang sifat Tuhan dan sifat Jesus (sejahtera ke atas baginda), yang mungkin agak mengelirukan atau tidak memuaskan. Walau bagaimanapun, perkara pertama yang perlu difikirkan adalah: Kenapa Tuhan membuatnya begitu sukar untuk difahami? Bagaimanakah ajaran-ajaran rumit ini jika dibandingkan dengan ajaran-ajaran Tuhan dalam Islam yang mudah, jelas dan tulen?

 

JESUS (sejahtera ke atas baginda) SEORANG NABI?

Dalam agama Yahudi, Jesus (sejahtera ke atas baginda) ditolak sebagai Al-Masih. Ini sangat berbeza dengan agama Kristian dimana dia disembah sebagai tuhan atau anak tuhan tetapi Alkitab menyebut bahawa Jesus (sejahtera ke atas baginda) adalah seorang Nabi (Matius 21:10-11)

 

Islam mengambil jalan tengah dan mengakui Jesus (sejahtera ke atas baginda) sebagai Nabi dan utusan Allah yang mulia, serta Al Masih tetapi umat Islam tidak menyembahnya. Ibadat adalah untuk Tuhan sahaja yang menciptakan Jesus (sejahtera ke atas baginda) dan semua yang wujud di dunia ini.

 

Isa (Jesus) berkata, “sesungguhnya aku hamba Allah, Dia memberiku Kitab (Injil) dan Dia menjadikan aku seorang Nabi.” Quran; Surah Maryam:30

MUKJIZAT & KEAJAIBAN KELAHIRAN JESUS (sejahtera ke atas baginda)

Menurut Al Quran, Malaikat Jibril dalam bentuk manusia telah diutus kepada Maryam, seorang dara yang mulia. Jibril memaklumkan kepada Maryam tentang seorang anak yang akan dilahirkan oleh Maryam secara ajaib tanpa seorang bapa.

 

Dia (Jibril) berkata, “Sesungguhnya aku hanyalah utusan Tuhanmu, untuk menyampaikan anugerah kepadamu seorang anak lelaki yang suci.” Dia (Maryam) berkata, “Bagaimana mungkin aku mempunyai seorang anak lelaki, padahal tidak pernah ada lelaki yang menyentuhku dan aku bukan seorang penzina!” Dia (Jibril) berkata, “Demikianlah.” Tuhanmu berfirman, “Hal itu mudah bagiKu, dan agar Kami menjadikannya suatu tanda kebesaran Allah bagi manusia dan sebagai rahmat daripada Kami,  dan hal itu adalah suatu urusan yang sudah diputuskan.”

 

Ada yang mendakwa bahawa kelahirannya yang ajaib adalah bukti sifat ketuhanan Jesus (sejahtera ke atas baginda). Bagaimanapun, Jesus (sejahtera ke atas baginda) bukanlah yang pertama yang lahir tanpa seorang bapa menurut Alkitab. Nabi Adam (sejahtera ke atas baginda) dan Melkisedek (Raja Salem) sebelumnya juga tidak mempunyai bapa atau ibu: “Dia tidak mempunyai bapa atau ibu atau salasiah…”

(Ibrani 7:1-3)

 

“Sesungguhnya perumpamaan (penciptaan) Isa (Jesus) bagi Allah, seperti Adam. Dia menciptakannya daripada tanah, kemudian Dia berkata kepadanya, “Jadilah!” Maka jadilah sesuatu itu. Kebenaran itu daripada Tuhanmu, oleh itu janganlah engkau termasuk dalam kalangan orang-orang yang ragu.” Quran; Surah Ali Imran:59-60

 

Sekiranya Jesus (sejahtera ke atas baginda) disembah kerana tidak mempunyai bapa, pastinya Adam (sejahtera ke atas baginda) dan Melkisedek lebih berhak disembah kerana mereka diwujudkan tanpa ibu bapa.

 

Jesus (sejahtera kea tas baginda) dilahirkan secara ajaib tanpa bapa dan juga melakukan mukjizat-mukjizat yang hebat dengan kehendak dan kebenaran Tuhan. Ketika Jesus masih seorang bayi, baginda pernah bercakap untuk mempertahankan ibunya terhadap orang-orang yang menuduh ibunya berzina (Quran; Surah Maryam:27-33). Al Quran juga menyatakan bahawa Jesus (sejahtera ke atas baginda) telah menghidupkan orang yang sudah mati, mengubati penyakit kusta dan orang buta dengan izin dan kehendak Tuhan

(Quran; Surah Al Maidah:110)

 

Hakikat bahawa Jesus (sejahtera ke atas baginda) melakukan keajaiban tidak bermakna bahawa baginda adalah sesuatu yang lebih daripada seorang hamba Tuhan. Malahan, ramai utusan Tuhan melakukan keajaiban termasuk Nabi Nuh, Musa dan Muhammad (sejahtera ke atas mereka semua). Keajaiban-keajaiban tersebut hanya berlaku dengan izin Tuhan untuk mn=enunjukkan bukti bahawa mereka adalah utusan Tuhan.

 

MESEJ DARI JESUS (sejahtera ke atas baginda)

Nabi-Nabi yang disebut dalam Perjanjian Lama seperti Nuh, Ibrahim, Musa, Yunus dan lain-lain lagi (sejahtera ke atas mereka) tidak pernah memberitakan bahawa Tuhan adalah sebahagian dari Triniti, dan tidak percaya bahawa Jesus (sejahtera ke atas baginda) sebagai penyelamat mereka. Mesej yang dibawa mereka adalah mudah: Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Dia sahaja yang berhak disembah. Tidak masuk akal bagi Tuhan untuk menghantar para Nabi dan utusan untuk beribu-ribu tahun dengan mesej penting yang sama, tiba-tiba mengubahnya serta mendakwa bahawa Dia sekarang adalah sebahagian dari Triniti, dan menetapkan kepercayaan pada ketuhanan Jesus untuk diselamatkan.

 

Sebenarnya, Jesus (sejahtera ke atas baginda) menyampaikan mesej yang sama seperti semua Nabi dalam Perjanjian Lama bukan untuk menghapuskan atau datang dengan mesej baru (undang-undang). Terdapat petikan dalam Alkitab yang benar-benar menekankan mesej asas ini. Seorang lelaki datang kepada Jesus dan bertanya, “Perintah manakah yang paling utama di antara semua perintah?” Jesus (sejahtera ke atas baginda) menjawab, “Inilah perintah yang paling utama ‘Dengarlah, hai bangsa Israel! Tuhan kita, Dialah Tuhan Yang Tunggal (Esa).’ ” (Markus 12:28-29). Oleh itu, perintah yang paling besar, kepercayaan yang paling penting menurut Jesus (sejahtera ke atas baginda) adalah Tuhan itu Tunggal (Esa). Sekiranya Jesus (sejahtera ke atas baginda) adalah Tuhan, dia akan berkata, ‘Saya adalah Tuhan, sembahlah saya.’ Sebaliknya dia hanya mengulangi satu ayat dari Perjanjian Lama yang mengesahkan bahawa Tuhan adalah Tunggal (Esa). (Ulangan 6:4)

 

Ini sejajar dengan misi Jesus (sejahtera ke atas baginda) sebagaimana yang diajar di dalam Islam, di mana Jesus (sejahtera ke atas baginda) telah dihantar kepada Bani Israel untuk mengesahkan mesej Nabi-Nabi yang terdahulu iaitu mempercayai Tuhan Yang Maha Esa (Tunggal).

 

Sebagai seorang Nabi yang taat kepada Tuhan, Jesus (sejahtera ke atas baginda) telah menyerahkan kehendak diri secara sukarela pada perintah Tuhan. Oleh itu, dia adalah seorang ‘Muslim’. Muslim merujuk kepada sesiapa yang menyerahkan kehendak dirinya pada kehendak dan perintah Tuhan.

 

Dan apabila Jesus membawa bukti-bukti yang jelas, dia berkata, “Sesungguhnya, Allah itulah Tuhanku dan Tuhanmu, maka sembahlah Dia. Ini adalah jalan yang lurus.” Quran; Surah Az Zukhruf:64

 

KESIMPULAN

Muslim mencintai Jesus (sejahtera ke atas baginda) sebagai seorang Nabi yang mulia yang diutus oleh Tuhan. Dia menyeru kepada penyembahan Tuhan Yang Tunggal sahaja. Daripada ini, kita dapati bahawa pernyataan di dalam Alkitab seperti yang dinyatakan sebelumnya adalah selari dengan kepercayaan Islam tentang siapa Jesus yang sebenarnya, sambal mengekalkan kepercayaan murni tentang Tuhan dan kebesaran, keunikan serta kesempurnaan Tuhan yang Tunggal. Malahan Muslim mengikuti apa yang dilakukan oleh Jesus (sejahtera ke atas baginda):

 

“Sedang mereka bercerita tentang perkara itu, tiba-tiba Jesus berdiri di tengah-tengah mereka dan berkata, “Shalom Aleichem (sejahtera ke atas kamu)”.” (Lukas 24:36) Muslim juga bertegur antara satu sama lain dengan mengucap “Assalamualaikum (sejahtera ke atas kamu)”.

 

Jesus (sejahtera ke atas baginda) berkhatan (Kisah 7:8), (Yohanes 7:22). “Sesudah berumur lapan hari, tibalah masnya anak itu disunat. Dia dinamakan Jesus.” (Lukas 2:21) Hal ini juga turut dilakukan oleh Muslim.

 

Kami menjemput anda untuk mendalami dan menyiasat tentang Islam. Ia bukan sekadar agama lain, tetapi ia membawa mesej yang sama yang diajarkan oleh Adam, Nuh, Ibrahim, Musa, Jesus (Isa) dan Muhammad (sejahtera ke atas mereka). Islam bermaksud ‘penyerahan diri kepada Tuhan’ dan mempunyai cara hidup yang bersifat fitrah dan lengkap yang menggalakkan seseorang untuk memberi tumpuan kepada hubungan mereka dengan Tuhan dan penciptaan-Nya. Islam mengajar bahawa Tuhan adalah Maha Pemurah dan Maha Penyayang, dan tidak perlu mengorbankan diriNya untuk mengampuni dosa dan tidak ada yang “Dilahirkan dengan dosa”. Tuhan menghakimi semua orang berdasarkan perbuatan mereka sendiri dan setipa orang bertanggungjawab atas tindakan mereka sendiri.

 

Islam mengajar kita untuk mencintai dan menghormati semua Nabi Allah, tetapi mencintai dan menghormati mereka tidak bermaksud kita menyembah mereka keran penyembahan adalah hanya untuk Allah (Tuhan). Dengan mengakui Jesus (Isa) sebagai seorang Nabi dan menjadi seorang Muslim tidak bermaksud anda mengubah atau kehilangan identity Kristian anda. Ia adalah mengenai kita kembali kepada ajaran asli dan sebenar Jesus (sejahtera ke atas baginda).

Share This Post