Islam itu kebenaran: Satu Tuhan, Satu Keluarga, Satu Manusia, Satu Agama, Ramai Nabi

Islam itu kebenaran: Satu Tuhan, Satu Keluarga, Satu Manusia, Satu Agama, Ramai Nabi

(SALAM SEJAHTERA KE ATAS MEREKA)

 “MENGAPA ADA BANYAK PERBEZAAN AGAMA”

 Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Penyayang

 Kata -kata di dalam Al-Quran dalam Bahasa Arab, adalah kata- kata yang sebenar, diwahyukan kepada NabiNya Yang terakhir,Muhammad s.a.w. Ayat – ayat pilihan ini adalah terjemahan maksud terjemahan Allah dalam Al-Quran, wahyuNya yang terakhir kepada manusia, mengenai Risalah sejagat Islam yang berterusan dan berkekalan yang diajar oleh semua para Nabi.

 

Satu Tuhan

Tuhan adalah Tuhan Yang Maha Esa, tiadaTuhan Selain Dia, yang Maha Pemurah lagi maha Penyayang.

[Al-Quran, Surah 2, Ayat 163]

Katakanlah: Dialah Allah, Yang Maha Esa.Allah tempat meminta segala sesuatu.Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakan.Dan tidak ada sesuatu pun yang setara dengan dia.

[112:1-4]

 

SATU KELUARGA MANUSIA

 

Wahai manusia! Allah telah menciptakan kamu daripada satu pasangan lelaki dan perempuan (Adam dan Hawwa), dan menjadikan kamu berbangsa – bangsa dan bersuku – suku agar kamu saling mengenali. Sesungguhnya yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah yang paling bertakwa.

[49:13]

 

SATU Agama

Sesungguhnya agama yang diredhai disisi Allah hanyalah Islam, iaitu penyerahan sepenuhnya kepada Allah.

[3:19]

 

RAMAI Nabi

Allah telah mengutus seorang Rasul bagi setiap umat

untuk membawa risalah yang sama :Sembahlah Allah sahaja, dan jauhilah kejahatan.

[16:36]

 

Allah telah menceritakan mengenai bebereapa Rasul dalam Al-Quran, dan ada pula tidak diceritakan.

[40:78]

 

SATU Keluarga Manusia

“Manusia sejagat adalah keturunan Nabi Adam. Tiada siapa berdarjat lebih tinggi melainkan takwanya.”(Nabi Muhammad)

 

Adam hingga Muhammad: Hanya SATU Mesej ISLAM – Agama sebenar semua Nabi

 

Semua Nabi, Satu Agama

Allah telah mensyariatkan kepadamu agama sama yang telah diwasiatkannya kepada Nuh dan apa yang telah Allah wahyukan kepada kamu (wahai Muhammad) dan apa yang telah Allah wasiatkan kepada Ibrahim, Musa dan Isa…

[3:67]

 

Ibrahim Nabi Islam

Ibrahim bukan seorang Yahudi dan bukan seorang Nasrani. Akan tetapi dia adalah seorang yang tetap beriman kepada Satu Tuhan; dia seorang Muslim dan dia tidak menyekutukan Allah.

[3:67]

 

SATU Haluan: Ka’bah

  • Rumah Ibadah pertama dibina untuk menyembah Satu Tuhan, Allah.
  • Pada mulanya didirikan oleh Ibrahim & anaknya, Ismail, atas perintah Allah.
  • Arah kiblat yang ditentukan Allah, bukan benda disembah.

 

Mengapa Ada Banyak Perbezaan Agama?

Agam yang sebenar – Islam – yang dibawa oleh para Nabi sebelum Nabi Muhammad menjadi Agama yang berbeza apabila diubah dengan penyelewengan dan pemalsuan.

 

PERPECAHAN DAN PENYELEWENGAN

Setelah datang kepada manusia kebenaran yang disampaikan oleh para Nabi, mereka masih berpecah – belah kerana kedengkian antara sesama mereka…

[42:14]

Allah berfirman : Sesungguhnya umat kamu in, umat yang satu, dalam agama yang satu dan aku adalah Tuhanmu, maka bertakwalah kepadaku. Kepmudian pengikut mereka berpecah-belah dalam urusan mereka menjadi beberapa golongan; setiap golongan berbangga dengan apa yang ada pada mereka.

[25:52-53]

Agama disisi Allah hanya satu. Agama ciptaan manusia Banyak dan berbeza

 

Muhammad &Al-Quran : Kebenaran kembali ISLAM – Dibaharui, Lengkap & Sempurna

Nabi yang terakhir

Muhammad adalah Rasul Allah dan Kesudahan segala Nabi.

.[33:40]

 

Wahai Muhammad, serulah manusia kembali ke agama Islam…Katakanlah kepada mereka: “Allah Tuhan Kami dan Tuhan kamu.”

[42:15]

Kitab Wahyu Terakhir

Allah telah menurunkan kepadamu, Wahai Muhammad, Kitab Al-Quran dengan kebenaran yang mengesahkan isi Kitab-kitab yang telah diturunkan sebelumnya, dan ia juga menurunkan Kitab Taurat (kepada Musa), dan Kitab Injil (kepada Isa).

[3:3}

 

Pilihlah Islam

Allah berfirman: pada hari ini telah Aku sempurnakan bagimu agama kamu, dan telah Aku redhai Islam itu menjadi agamamu dan jalam kehidupan.

[5:3]

SATU Dunia

Harapan untuk keamanan antara pelbagai bangsa dunia terletak dalam seruan mulia dan sejagat Islam kepada Keadilan saksama: Tegas demi Keadilan untuk semua manusia, kaya atau miskin,walaupun bertentangan dengan kepentingan sendiri.[4:135]

Tiada Keadilan, Tiada Keamanan.

 

ALLAH mengutus 124, 000 Nabi & Rasul untuk menyampaikan petunjukanNya kepada manusia, bermula dari ADAM, manusia pertama. Nabi – nabi utama ialah NUH, IBRAHIM, MUSA, ISA &MUHAMMAD (S.A.W.), Nabi Terakhir & universal. Semua Nabi membawa ajaran agama ISLAM –Penyerahan kepada Allah; mereka semua MUSLIM. Sebagai Pendoman hidup untuk seluruh manusia hingga ke akhir zaman. Ini adalah Salahsilah ringkas 25 Nabi yang tersebut dalam Al-QURAN.*

 

KEPERCAYAAN ASAS DALAM ISLAM

TUHAN YANG SATU dan Esa (Allah).Allah ialahpencipta tunggal dan pengawas alam semesta dan semua makhluk. Manusia dicipta untuk ‘menyembah Allah’ [51:56]

malaikat dicipta daripada cahaya dan ta’at menurut perintah Allah. Penghulu Malaikat,Jibrail membawa wahyu Allah kepadan para Nabi.

Petunjuk dari Allah dihantar kepada manusia melalui para Nabi dan Rasulnya. Nabi adalah seorang lelaki dilantik oleh Allah untuk menerima wahyu. Rasul ialah seorang nabi yang telah menerima Kitab wahyu & satu kanun hukum syariat. 313 daripada 124,000 para Nabi adalah Rasul [sumber: Al Baihaqi, Al sunan al kubra, 9.4, Hadith # 17489].

Kitab- kitab wahyu disampaikan kepada Nabi – Nabi tertentu. Allah menyebut 4 Kitab di dalam Al-Quran, iaitu Taurat Nabi Musa, Zabur Nabi Daud, Injil Nabi Isa & Wahyu yang terakhir, Al-Quran, diturun kepada Nabi Muhammad. Hanya Al-Quran kekal sebagai kitab Wahyu yang tulen kerana ia dipelihara sempurna dalam bentuk asal, kandungan dan bahasanya.

Kebertanggungjawaban di Akhirat, yang meliputi kepercayaan pada kebebasan Memilih & Tanggungjawab Sendiri, Hidup selepas mati, Dunia Kiamat, kebangkitan Semula, Hari penghisaban, Syurga dan Neraka Jahannam.

Qada’ & Qadar, dimana tiada sesuatu, baik atau buruk, berlaku tanpa pengetahuan & izin Allah.

Kejayaan sebenar bagi manusia ialah untuk memenuhi tujuan penciptaan mereka, dan akhirnya untuk mencapai kebahagian abadi di Akhirat, & ini dicapai melalui Islam.

ISLAM bermaksud menyerah dan tunduk kepada Allah, yang menghasilkan keamanan. Islam ialah cara hidup yang sempurna berasaskan ketaatan kepada Petunjuk Allah. Seperti disampaikan oleh Nabi Muhammad, Islam adalah dalam bentuknya yang terakhir, sempurna, lengkap dan sejagat. Seorang Muslim menyerahkan dirinya kepada Allah, merima cara hidup berasaskan keseluruhan petunjuk Allah, dan dengan demikian mencapai ketenangan dalam dirinya, dengan manusia lain, dengan alam sekeliling, & akhirnya menerima ganjaran syurga, & selamat daripada azab api neraka, pada Hari Akhirat, dengan Rahmat Allah.

 

SATU KELUARGA MANUSIA, SATU HALUAN

persamaan & penyatuan dalam kepelbagaian

Ka’bah adalah pusat tumpuan agama Islam, tempat naungan suci, dan simbol penyatuan. Orang Islam daripada kalangan lelaki dan perempuan, pelbagai bangsa dan Negara, bahasa dan warna kulit, budaya dan taraf hidup bersatu sebagai “satu keluarga Manusia Menyembah Satu Tuhan”.Islam bukan Agama untuk bangsa Arab, tetapi Islam adalah agama sejagat bagi seluruh manusia.

BAGAIMANA ORANG MUSLIM MENGAMAL ISLAM

Cinta Allah, Buat Kebaikan kepada Semua

  • Cinta Allah & berserah kepada Petunjuknya dalam Al-Quran. Orang Islam bersaksi “Tiada yang layak disembah kecuali Allah, & Muhammad adalah Rasul Allah.” Orang Islam menyatakan kepercayaan mereka dengan amalan-amalan baik.
  • Mengikut bimbingan Nabi Muhammad kerana dirinya adalah contoh teladan yang terbaik “Jika kamu cintakan Allah, ikutlah Muhammad.”[3:31]
  • Beribadah kepada pencipta, Berbaik sesama Makhluk untuk mencapai dunia yang lebih aman. Ibadah dalam Islam meliputi semua perilaku yang diredhai Allah. Orang Islam “menyuruh yang baik dan melarang yang mungkar.”[3:110]
  • Melakukan ibadah fardhu disebut 5 Rukun Islam untuk mengukuhkan hubungan dengan Tuhan supaya menjadi manusia lebih baik. Lima rukun ini ialah Mengucapkan Dua kalimah Syahadah, Solat Fardhu 5 kali sehari, Zakat, Pusasa Bulan Ramadhan & Menunaikan Haji di Makkah.
  • Menjadi Khalifah bertanggungjawab memelihara alam dan semua makhluknya. “Janganlah kamu berbuat kerosakan dibumi sesudah Allah menyediakan kebaikan padanya.”[7:56]

Share This Post