1) Jaga solat 5 waktu agar puasa tak sia-sia. Puasa perlu latihan dan disiplin sama seperti solat. Bagi yang pertama kali, cuba puasa sampai zohor pada 3 hari pertama. Kemudian puasa sampai asar untuk 3 hari seterusnya. Kemudian sampai maghrib. Puasa jadi sempurna!
2) Pilih makanan berkhasiat & tahan lapar ketika sahur seperti oats, pasta, telur rebus, nasi, pisang, kurma, makanan sunnah dan sebagainya. Beza puasa bagi muslim dan ahli kitab adalah sahur, kerana pada sahur itu adanya keberkatan (Riwayat Muslim No.1096 dan Bukhari No.1923). Belajar bangun sahur dan sebaik-baik sahur mu’min adalah dengan tamar. (Riwayat Abu Daud No.2345). Dan segera berbuka kerana tempoh puasa ditetapkan Allah cukup dan mampu kecuali rukhsoh. Sesungguhnya Allah itu alGhafur, arRahim (Yang Maha Pengampun, Yang Maha Penyayang)
3) Target, niat sedekah mula RM1, RM5 dan RM10. Tak dapat beri makan, belikan air, walau sebiji kurma. Semakin banyak sedekah, Allah PASTI lipatgandakan rezekimu! Yakinlah, sedekah tak jadikan kamu miskin. Siapa beri makan org berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa (Riwayat Tirmizi No.807). 🥰🥰🥰
4) Jaga diri dan berbuat baik. Jaga lisan, pemikiran, kata-kata dan seluruh anggota. Teknik ‘mindset’ alih minda fikir perkara lain selain lapar untuk 3 hari pertama, nafikan dengan minda. Lama-lama jadi biasa. Jangan lihat, fikir atau hidu makanan. Puasa kamu selamat. 😄😄😄
5) Motivasi diri dengan alQuran. Puasa bagi mendekati Tuhan, menjadikan kita hamba Allah yg taat dan berserah. Ia manifestasi iman dlm perbuatan setelah mengimani dgn kepercayaan dan ucap dengan lisan (pengakuan).
Sejak Nabi Adam sudah ada perintah puasa. Bahkan agama selain Islam juga punya ‘istilah’ tersendiri.
Dalam Islam, berpuasa di Bulan Ramadhan adalah rukun ketiga besar sehingga ada pintu khas bernama arrayyan. Bagi yang berpuasa sejak kecil, ia adalah rutin tahunan. Namun, ia baru bagi muallaf. Namun bukan perkara yang jika ikut tips mudah berpuasa sederhana. Sesungguhnya Islam itu agama wasatiyyah (sederhana) iaitu tidak remeh tidak pula keterlaluan.
Banyak orang berpuasa tetapi tidak mendapatkan dari puasanya itu, melainkan lapar dan dahaga. Dan banyak orang yang bangun malam (tahajud) tetapi tidak mendapatkan daripada tahajudnya itu, kecuali tidak tidur malam — Hadis Riwayat Ibnu Majah, No.1690
