‘HIMPUNAN MUALLAF SELURUH NEGERI SELANGOR‘

𝐈𝐉𝐓𝐈𝐌𝐀𝐊 𝐌𝐔𝐀𝐋𝐋𝐀𝐅 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐈𝐌 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐎𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟓
KAJANG, 21 September 2025 (Ahad) – PERKIM Bahagian Negeri Selangor (PBNS) bersama PERKIM Cawangan Hulu Langat telah menganjurkan Ijtimak Muallaf PERKIM Selangor 2025 pada 21 September 2025 (Ahad) bertempat di Dewan Seri Cempaka, Majlis Perbandaran Kajang. Ijtimak Muallaf PERKIM Selangor 2025 ini merupakan Himpunan Muallaf Seluruh Negeri Selangor yang dihadiri sekitar 400 orang lebih peserta yang hadir terdiri dari pelbagai daerah di Selangor.

Program dimulakan dengan ucapan Alu-aluan oleh Saudara Leo Mixsbobic Edwin, Pengacara Majlis bagi meraikan peserta & jemputan serta menceritakan sedikit sebanyak Atur Cara perjalanan program sepanjang seharian aktiviti yang bakal berlangsung.
Program dimulakan dengan Lagu Negaraku & PERKIM Pacu Kemajuan serta diteruskan dengan Bacaan Al-Quran & Doa oleh YBrs Al-Fadil Ustaz Muhammad Alif Afzan Bin Muhammad Fitri Chin, Pensyarah, Pusat Islam Darul Quran, JAKIM. Sebanyak 5 pengisian yang menarik bagi menjayakan Ijtimak Muallaf PERKIM Selangor 2025 ini.

Antara pengisian yang diadakan adalah 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐢𝐬𝐢𝐚𝐧 𝟏 : 𝐏𝐞𝐦𝐚𝐧𝐭𝐚𝐩𝐚𝐧 𝐀𝐪𝐢𝐝𝐚𝐡 𝐌𝐮𝐚𝐥𝐥𝐚𝐟 – ‘𝐈𝐬𝐥𝐚𝐦 𝐀𝐠𝐚𝐦𝐚 𝐊𝐮’ yang disampaikan oleh YBhg Prof. Dato’ Dr. Mohd Farid Ravi Bin Abdullah, Naib Canselor/Ketua Eksekutif Universiti Islam Selangor (UIS). 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐢𝐬𝐢𝐚𝐧 𝟐 : 𝐓𝐚𝐤 𝐊𝐞𝐧𝐚𝐥 𝐌𝐚𝐤𝐚 𝐓𝐚𝐤 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 oleh Saudara Muhammad Sharif Muhammad Arshad, Ketua Majlis Belia PERKIM Negeri Selangor. Seterusnya program disambung dengan 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐢𝐬𝐢𝐚𝐧 𝟑 : 𝐁𝐚𝐭𝐮𝐬𝐬𝐚𝐥𝐚𝐦 – 𝐏𝐮𝐬𝐚𝐭 𝐏𝐞𝐫𝐥𝐢𝐧𝐝𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐌𝐮𝐚𝐥𝐥𝐚𝐟 𝐋𝐞𝐦𝐛𝐚𝐠𝐚 𝐙𝐚𝐤𝐚𝐭 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠𝐨𝐫 (𝐌𝐀𝐈𝐒) oleh Saudari Arivisa Nur Arfa Binti Arif, Penghuni Baitus Salam.
Pengisian seterusnya 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐢𝐬𝐢𝐚𝐧 𝟒 : 𝐓𝐚𝐥𝐤 𝐰𝐢𝐭𝐡 𝐃𝐚𝐢 – 𝐏𝐚𝐧𝐝𝐮𝐚𝐧 𝐇𝐢𝐝𝐮𝐩 𝐒𝐞𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐮𝐚𝐥𝐥𝐚𝐟 ‘𝑴𝒂𝒔𝒂 𝑫𝒆𝒑𝒂𝒏 𝑪𝒆𝒓𝒂𝒉 𝒅𝒆𝒏𝒈𝒂𝒏 𝑴𝒆𝒏𝒆𝒍𝒂𝒅𝒂𝒏𝒊 𝑹𝒂𝒔𝒖𝒍𝒖𝒍𝒍𝒂𝒉’ yang disampaikan oleh YBrs Al-Fadil Ustaz /Dai Aiman Sufyan Aezman, Moderator Tanyalah Ustaz TV9-Mudir Mahad Tahfiz Darul Qur’an wal Hadith, Bukit Badong. Setiap pengakhiran bagi Pengisian program telah diserikan dengan aktiviti Cabutan Bertuah mengikut nombor siri kupon yang telah diperolehi sewaktu pendaftaran.
Pada sesi petang Ijtimak Muallaf PERKIM Selangor 2025 diteruskan dengan 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐢𝐬𝐢𝐚𝐧 𝟓 : 𝐁𝐮𝐚𝐥 𝐁𝐢𝐜𝐚𝐫𝐚 – 𝐌𝐚𝐧𝐢𝐬𝐧𝐲𝐚 𝐇𝐢𝐝𝐚𝐲𝐚𝐡 𝐈𝐦𝐚𝐧 ‘𝑻𝒊𝒅𝒂𝒌 𝑻𝒆𝒓𝒍𝒊𝒉𝒂𝒕 𝑫𝒊𝒎𝒂𝒕𝒂 𝒕𝒂𝒑𝒊 𝑫𝒊𝒓𝒂𝒔𝒂𝒊 𝑫𝒊𝒉𝒂𝒕𝒊’. Bual Bicara ini di moderator kan oleh YBrs. Tuan Muhammad Sabri Bin Yunus, Pelakon & Pengarah Filem dan 2 orang panel iaitu YBrs. Tuan Adam Corrie Lee Bin Abdullah, Selebriti & Cik Nur Ain Sumaiyah @ Sumitra Binti Valaitham, Kaunselor Sukarelawan Pusat Kaunseling PERKIM Selangor (PKPS).
‘𝙄𝙨𝙡𝙖𝙢 𝙞𝙩𝙪 𝙢𝙚𝙣𝙮𝙖𝙩𝙪𝙠𝙖𝙣, 𝙗𝙪𝙠𝙖𝙣 𝙈𝙚𝙢𝙞𝙨𝙖𝙝𝙠𝙖𝙣’. ‘𝐽𝑢𝑠𝑡𝑒𝑟𝑢, 𝑎𝑛𝑡𝑎𝑟𝑎 ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑠𝑒𝑠𝑎𝑚𝑎 𝑘𝑒𝑙𝑢𝑎𝑟𝑔𝑎, 𝑠𝑎𝑢𝑑𝑎𝑟𝑎 𝑚𝑎𝑟𝑎 𝑠𝑒𝑟𝑡𝑎 𝑟𝑎𝑘𝑎𝑛 & 𝑘𝑒𝑛𝑎𝑙𝑎𝑛 𝑛𝑜𝑛-𝑀𝑢𝑠𝑙𝑖𝑚 ℎ𝑒𝑛𝑑𝑎𝑘𝑙𝑎ℎ 𝑡𝑒𝑟𝑢𝑠 𝑑𝑖𝑒𝑟𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛, 𝑑𝑖𝑗𝑎𝑔𝑎 𝑠𝑒𝑟𝑡𝑎 𝑑𝑖𝑝𝑒𝑟𝑘𝑢𝑘𝑢ℎ 𝑏𝑢𝑘𝑎𝑛 𝑚𝑒𝑛𝑗𝑎𝑢ℎ 𝑎𝑝𝑎𝑡𝑎ℎ 𝑙𝑎𝑔𝑖 𝑑𝑖𝑝𝑖𝑠𝑎ℎ𝑘𝑎𝑛’
Program yang dianggarkan sekitar 400 orang kehadiran peserta ini telah dirasmikan oleh YBhg Dr. Muhammad Yamin Bin Ismail, Pengarah Kanan Bahagian Dakwah JAKIM wakil kepada Ketua Pengarah JAKIM Dato’ Dr. Sirajuddin Suhaimee. Turut hadir bagi bersama meraikan serta menjayakan Ijtimak Muallaf PERKIM Selangor 2025 ini YB Tuan Syahredzan Johan, Ahli Parlimen Bangi, YB Tuan Sany Hamzan, Ahli Parlimen Hulu Langat, YBhg. Tuan Haji Muhammad Fitri Bin Abdullah, Pengerusi PBNS merangkap Naib Yang Dipertua PERKIM Kebangsaan, Dato’ Shamsuddin Hayroni, Naib Pengerusi 2 PBNS serta AJK² PERKIM Bahagian Negeri Selangor.