Inspirasi Penubuhan PERKIM

Inspirasi penubuhan PERKIM dicetuskan oleh seorang muallaf berbangsa Inggeris tatkala mengerjakan haji pada 1960. Semasa wukuf di Padang Arafah, Abdul Mubin Sheppard, yang telah memeluk Islam pada 1956, telah terpegun melihat perkumpulan jutaan manusia daripada pelbagai bangsa yang datang dari seluruh pelusuk dunia, berkumpul di satu tempat iaitu Mekkah, demi kerana taat memenuhi suruhan syariat agama Islam.

Melihat perpaduan dan persaudaraan sejagat atas nama Islam di Padang Arafah, terdetik di hati beliau alangkah indah jika Islam telah mempersatukan pelbagai bangsa dan suku kaum dari seluruh dunia, beliau yakin Islam juga mampu menyatukan pelbagai bangsa di Persekutuan Tanah Melayu.

Abdul Mubin berazam apabila balik ke Tanah Melayu beliau akan bertemu dan berbincang dengan YTM Tunku Abdul Rahman bagi tujuan menubuhkan sebuah persatuan yang komited bertujuan mengangkat Islam sebagai alat perpaduan pelbagai bangsa dan suku kaum di Tanah Melayu.

“He [Tunku] asked Mubin Sheppard to call several friends from different races for a meeting at his official residence at Brockman Road. At the evening meeting were SOK Ubaidullah and Ali Mericar (Indian Muslims), Ibrahim Ma (Chinese Muslim), Mubin Shepard (English Muslim), several of his colleagues from UMNO such as Jaafar Albar and Syed Nasir (of Arab descent), and a few others with religious education. In the informal meeting Tunku proposed the idea to form PERKIM.” — Extract taken from Islamic Herald PERKIM

Share This Post